SUPPORT

Blog Ti-Kiti-Kitok adalah kedai jualan character oleh Momokz. Kesemua artline, card design, character dihasilkan dalam bentuk digital di mana pelanggan boleh mengadaptasi artwork ini dalam pelbagai bentuk seperti:
  • Handmade Card
  • Picture Profile (Facebook,Myspace,Friendster,Twitter,dll)
  • Digital coloring atau manual coloring (dicadangkan menggunakan Waterbase - Marker Pen)
  • Printed Greeting Card
Setiap karekter yang dijual adalah mengikut spesifikasi berikut:
  • Artline sahaja = RM10 - RM15 - Bergantung kepada saiz/keperluan
  • Coloured Character = RM15 - RM200 - Character sahaja / Card Design / Print On Canvas
Macam mana nak beli karekter ni? Mudah saja caranya. Kami menggunakan sistem shoping-cart yang amat mudah prosesnya:
  1. Sila ke halaman "SHOP". Anda akan nampak beberapa kategori karekter
  2. Pilih kategori yang anda suka. Pilih karekter yang anda mahukan dengan klik pada gambar karekter tersebut.
  3. Jika hendak membuat bayaran, kami memberikan 2 opsyen iaitu bayaran secara kredit (PAYPAL) dan Bank Transfer.
  4. Untuk bayaran kredit (PAYPAL), anda akan di bawa terus ke halaman PAYPAL.
  5. Sila pastikan halaman tersebut tertera nama perniagaan kami iaitu "Ti-Kiti-Kitok (Charecter For Ur' Creativity). Pastikan juga item yang tersenarai disebelah kiri adalah item yang anda kehendaki.
  6. Untuk Bayaran secara Bank Transfer, anda akan dibantu dengan panduan nama bank, nama pemilik akaun dan nombor akaun untuk membuat bayaran secara online atau menggunakan mesin ATM.
  7. PENTING! Pembayaran melalui bank transfer hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran yang mesti diemailkan ke momokb3[@]gmail.com. Ini bagi memudahkan kami membuat semakan dan pengesahan bayaran.
Semua Character yang dijual boleh didownload secara terus apabila pengesahan bayaran telah dibuat.Format yang akan pelanggan dapat ialah:
  • .ai (adobe illustrator - kategori tertentu sahaja)
  • .pdf (boleh dibuka melalui Adobe Reader/Photoshop/Illustrator
  • .jpeg/.png (boleh terus print)
  • .zip (kesemua fail di atas akan dikompilasikan ke dalam Zip Fail bagi memudahkan proses download).
  • LINK untuk download akan diemailkan kepada pelanggan. Anda hanya perlu klik link yang diberikan dan proses akan berlaku secara otomatik.
Jika anda menghadapi kesukaran dalam proses pembelian ataupun semasa mendownload, sila hubungi saya melalui email: momokb3[@]gmail.com

Terima kasih kerana membeli satu lagi produk berkualiti dari Momokz!

Komen dan siarkan di Facebook