Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Mia Merah Jambu

6.08.2011 Create by Momokz


Athirah Azhar

RM 9.90

ISBN: 978-967-0184-51-7

~48 hlm

Bahasa Melayu

Tarikh Terbit: 15 Jun 2011

Siapa Mia? Kenapa Mia Merah Jambu? Tentu adik-adik inginkan kepastian!Mia gadis cilik yang bersekolah di tahun lima ini seorang yang lemah-lembut. Dia selalu menghormati guru,ibu bapa dan rakan-rakan sebayanya. Namun, Mia tiba-tiba dilanda masalah. Mia berasa terlalu sedih.
Mia menangis.Adik-adik nak tahu, apakah masalah Mia? Bagaimana Mia mengatasi masalahnya? Apakah Mia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri atau perlu dibantu orang lain? Apakah Mia mampu ceria kembali?Adik-adik perlu membaca naskhah ini sehingga tamat ya!

Famili Fariz; Mahu Parti Hari Lahir (Siri Famili Genius)

6.07.2011 Create by Momokz


Siti Zarinah
(Illustration by ME!)

RM 7.50

ISBN: 978-967-0184-74-6

~48 hlm

Bahasa Melayu

FAMILI Fariz mengisahkan keluarga Encik Syafik dan Puan Asma bersama empat orang anaknya yang pelbagai ragam. Sifat semula jadi anak-anak yang suka bermain dan kisah suka duka kehidupan di sekolah disertakan dengan nilai-nilai positif daripada Encik Syafi k dan Puan Asma.Diharapkan buku ini mampu memberi serba sedikit nasihat serta pengajaran kepada kanak-kanak di dalam kehidupan mereka.

Tarikh Terbit: 22 Jun 2011


Kisah-kisah yang terdapat dalam siri ini:

  • FARIZ MAHU JAM TANGAN
  • AKIBAT BERBOHONG
  • MAHU PARTI HARI LAHIR
  • HATINYA TERLUKA
  • HADIAH UNTUK CIKGU

Yeyey! Cuti Sekolah Bermula...

5.27.2011 Create by Momokz

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan (bagi negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad). Macam biasalah, selain anak-anak yang seronot, mak bapak tentunya seronok gak! Boleh ambil cuti setengah tahun, gi holiday di mana-mana.

Aku? Anak-anak bagi cuti di kampung. Nanti takut tak kenal apa itu ayam, apa itu itik! Takut tersalah ambil buah kelapa yang disangkakannya tembikai! Belajar macam mana nak memancing ikan puyu dan merasa lumpur di parit. Itu semua mereka kena ambil tahu sebab kampung halaman adalah sejarah keturunan mereka. Mereka kena tahu bagaimana susahnya atuk dan nenek bangun pagi pergi menoreh getah, pergi membersihkan kebun sawit. Mereka kena belajar bagaimana nak bagi ayam makan nasi basi semalam, lepaskan itik di reban... mereka kena tahu asas itu.

28 dan 29 Mei (Sabtu & Ahad) aku ada function Pelancaran Komuniti 1Malaysia peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Alor Gajah, Melaka. Sesiapa yang berada atau melalui kawasan JAPERUN di Taboh Naning tu, boleh la singgah eh!
Okey, ilustrasi di atas hanyalah ilustrasi experiment untuk aku cuba-cuba applykan di packaging. Mana tahu kut-kut ada rezeki dalam bidang ilustrasi packaging pulak kan...


Ini hanyalah portfolio. Permainan ni kalau diluluskan adalah kot lepas tahun 2015, huhuhu....

Exam Week!

5.23.2011 Create by Momokz

SELAMAT MEMERAH OTAK kepada adik-adik, anak-anak yang akan menduduki peperiksaan setengah tahun mulai hari ini. Anak aku si Danial Akmal pun memulun le kot. Semalam dah dera dia buat ulangkaji subjek Bahasa Melayu. Harap-harapnya dia dapat la jawab sebaik mungkin. Yang kesiannya dia tengah sakit mata pulak tu....

Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu. Minggu peperiksaan adalah hari-hari yang mengecutkan telur. Kalau markah rendah, insya-Allah akan kena selibas-dua la rotan di belakang aku nanti... huhuhu! Hasilnya? Alhamdulillah... didikan mak abah tu lah yang memberikan kejayaan kepada aku hari ini.

Terima kasih mak dan abah dan selamat berjaya kepada semua yang ambil exam minggu nih!!!

Bulan Komik Malaysia 2011

5.20.2011 Create by Momokz

Jemput datang ke Perpustakaan Negara sempena BULAN KOMIK MALAYSIA. Juga jangan lepaskan peluang berjumpa dengan para komik artis/kartunis yang lemak berkrim disukai ramai di ANUGERAH PEKOMIK 2011 pada 28 Mei 2011.

Hadiah Untukmu

4.14.2011 Create by Momokz

Komen dan siarkan di Facebook