Hari ni adalah hari terakhir persekolahan (bagi negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad). Macam biasalah, selain anak-anak yang seronot, mak bapak tentunya seronok gak! Boleh ambil cuti setengah tahun, gi holiday di mana-mana.
Aku? Anak-anak bagi cuti di kampung. Nanti takut tak kenal apa itu ayam, apa itu itik! Takut tersalah ambil buah kelapa yang disangkakannya tembikai! Belajar macam mana nak memancing ikan puyu dan merasa lumpur di parit. Itu semua mereka kena ambil tahu sebab kampung halaman adalah sejarah keturunan mereka. Mereka kena tahu bagaimana susahnya atuk dan nenek bangun pagi pergi menoreh getah, pergi membersihkan kebun sawit. Mereka kena belajar bagaimana nak bagi ayam makan nasi basi semalam, lepaskan itik di reban... mereka kena tahu asas itu.
28 dan 29 Mei (Sabtu & Ahad) aku ada function Pelancaran Komuniti 1Malaysia peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Alor Gajah, Melaka. Sesiapa yang berada atau melalui kawasan JAPERUN di Taboh Naning tu, boleh la singgah eh!
Okey, ilustrasi di atas hanyalah ilustrasi experiment untuk aku cuba-cuba applykan di packaging. Mana tahu kut-kut ada rezeki dalam bidang ilustrasi packaging pulak kan...
Ini hanyalah portfolio. Permainan ni kalau diluluskan adalah kot lepas tahun 2015, huhuhu....